Rabu, 24 Julai 2013


APA ITU KEMAHIRAN MALAYSIA?????
( DI IKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA )



Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK ) kini dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran  
( JPK ) telah memperkenalkan sistem Persijilan Malaysia sejak tahun 1993 yang menekankan kemahiran yang diperlukan di tempat-tempat kerja.

Sistem latihan ini bertujuan untuk memperkembangkan dan memastikan taraf kemahiran sebagai laluan kerjaya yang membawa kepada kecemerlangan individu mahupun industri yang berkaitan, Peluang bekerja dan kenaikan pangkat bagi yang cemerlang dalam pendidikan alternatif ini adalah lebih cerah berbanding graduan bidang akademik semata-mata. Kajian menunjukkan di negara maju seperti Negara JERMAN, JEPUN, PERANCIS, AUSTRALIA dan lain-lain lagi, graduan yang memiliki sijil kemahiran selaras Sijil Kemahiran Malaysia memperolehi gaji yang lebih tinggi berbanding dengan rakan sebaya mereka yang hanya memiliki sijil akademik.


KOLEJ CQ-TEC merupakan sebuah kolej yang menjalankan satu sistem Pembelajaran Alternatif yang mana para pelajar yang kurang meminati pembelajaran tradisional ( TEORI ) di sekolah / kolej, kini mempunyai peluang untuk mengikuti pendidikan tinggi alternatif yang berpaksikan pada kemahiran yang benar-benar diperlukan dalam pelbagai industri di negara kita. Kursus ini lebih menarik dan memberikan peluang kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran berdasarkan minat diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan